Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon dan usahawan, Pablo Amirul, sekali lagi buat ramai tersenyum dengan kenyataan terbuka tentang peranannya dalam hubungan bersama bakal isteri, Dr. Hana Rose.
Melalui satu hantaran di TikTok dan Instagram, Pablo mendedahkan Dr. Hana minta nak rasa masakannya dan dia pun terus buatkan ayam masak kicap. Hasilnya? Dr. Hana siap minta masak lagi!
“It’s ok kalau you tak pandai masak dan buat kerja rumah, cause I can do it without problemo.”
Dalam nada tenang dan penuh yakin, Pablo juga berpesan agar Dr. Hana fokus kepada kerjaya dan perniagaan.
“Just focus on your career and branding, the rest I handle it.”
Selain sweet, netizen juga kagum dengan sikap terbuka dan matang Pablo. Rata-rata menyokong dan mendoakan hubungan mereka kekal hingga ke jenjang pelamin.
Semoga urusan ke arah perkahwinan mereka dipermudahkan.








