Nyanyian live Fazura dikritik, netizen persoal kualiti suaranya? | The Reporter

Nyanyian live Fazura dikritik, netizen persoal kualiti suaranya?

Nyanyian live Fazura dikritik sumbang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon popular, Fazura, baru-baru ini mencuri perhatian apabila menyampaikan lagu terbaharunya, Bertahan Demi Cinta, dalam rancangan temu bual Sea Today di Jakarta, Indonesia.

Persembahan secara langsung itu menjadi perbualan hangat di media sosial, terutama dalam kalangan netizen yang memberikan reaksi pelbagai terhadap kualiti nyanyiannya.

Akaun TikTok, @newsnugget, memuat naik klip persembahan Fazura, di mana beliau menyanyikan lagu tersebut tanpa rakan duet yang juga bekas suaminya, Fattah Amin.

Video berkenaan menerima komen-komen daripada netizen yang menilai nyanyiannya dengan kritikan, menyatakan bahawa ton suaranya kurang sesuai untuk persembahan langsung.

Ada juga yang berseloroh dan mempersoalkan di mana pelakon filem Pisau Cukur itu mendapatkan keyakinan dan keberaniannya untuk menyanyi secara solo.

Terdahulu dalam temu bual itu, Fazura berkongsi perasaannya tentang perceraian dengan bekas suaminya, yang berlaku selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Beliau menjelaskan, penceraian itu bukan sesuatu yang disesali kerana beliau telah berusaha sepenuhnya dalam hubungan tersebut.

Related Posts