'Noh dengan rela sign dokumen beri saya hak penuh penjagaan Musa' - Mizz Nina - The Reporter

‘Noh dengan rela sign dokumen beri saya hak penuh penjagaan Musa’ – Mizz Nina

Jumaat lalu, penyanyi Mohammad Noh Salleh telah membuat permohonan maaf kepada ibu kandung anak angkatnya, Musa, setelah dituntut oleh ibu tersebut, Athira. Noh telah bersetuju untuk mematuhi beberapa tuntutan yang dibuat, termasuk menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini dan memadam foto muka Musa yang telah dikongsi di media sosial.

Noh menjelaskan bahawa dia telah melakukan ini kerana merindui Musa dan menegaskan bahawa Musa bukan berada di bawah jagaannya pada masa ini. Dia juga menegaskan bahawa tidak ada manipulasi yang berlaku dan persetujuan telah dicapai dengan ibu kandung Musa untuk memberikan penjagaan kepadanya.

Ambil Musa tanpa izin

Namun, penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, mendakwa Noh telah membawa Musa keluar dari rumahnya tanpa keizinan dan pengetahuannya. Ini menyebabkan dia tidak dapat berjumpa dengan Musa selama lebih tiga minggu.

Dia juga mendakwa bahawa Noh telah melanggar janji dengan memuat naik gambar muka Musa di internet dan kemudian mengatakan bahawa dia tidak tahu tentang hal tersebut.

“Musa telah diambil daripada saya tanpa persetujuan dan pengetahuan saya.

“Saya mengambilnya sebagai anak angkat pada hari kedua dia dilahirkan dan saya menyusuinya. Selama dua tahun Musa tidur di katil yang sama, menjalani rutin harian dengan kelas-kelasnya, rakan-rakan.

“Ketika saya dalam pesawat, dalam perjalanan pulang ke KL, Musa telah diambil tanpa kebenaran dan pengetahuan saya, yang ketika dia masih berada di bawah jagaan saya dengan dokumentasi sah.

“Sejak dari itu, saya tidak tahu tentang lokasinya dan tidak ada komunikasi dan tidak menerima sebarang gambar atau video selama lebih tiga minggu.

Muat naik wajah Musa di internet

“Pada masa ini, bekas suami saya telah memuat naik wajah Musa di internet, sekali gus mengingkari perjanjian dan kemudian dia mengatakan dia tidak tahu tentang perkara itu, sedangkan saya tahu dia tahu.

“Sejak dari itu, privasi Musa telah terjejas dan kehidupannya tidak akan sama lagi. Bekas suami kemudian mendedahkan nama ibu biologi Musa dalam kenyataan permohonan maaf yang bercanggah dengan keinginannya untuk tidak dikenali.

“Tiada anak yang patut diambil daripada penjaga sah mereka. Untuk mengelakkan konflik, saya kemudian pergi ke mahkamah syariah untuk mendapatkan perintah mahkamah, ex parte. Alhamdulilah saya berjaya mendapatkan Musa kembali. Dia kembali dalam keselesaan rumahnya setelah melalui pengalaman traumatik.

Noh sendiri rela hati serahkan hak penjagaan sepenuhnya

“Setelah saya bercerai dengan bekas suami, dia sendiri dengan rela hati menandatangani dokumen undang-undang yang memberi saya hak sepenuhnya untuk menjaga Musa, di hadapan pesuruhjaya sumpah. Sejak dari itu, dia kehilangan haknya untuk menjadi penjaga kepada Musa.

“Sejak saya berkahwin dengan suami saya, Essam, Musa telah berada dalam keadaan rumah tangga yang stabil dengan mama dan baba. Dan kemudian tiba-tiba dia diambil tanpa pengetahuan saya dengan kerjasama pengasuh yang diupah oleh saya untuk menjaga Musa, semasa saya keluar, dan terus mengkhianati saya,” katanya.

Sumber: Instagram Mizz Nina, Noh Hujan

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!