'No slipper, only shoes' - Che Ta ajar anak lelaki sentiasa pakai kasut walaupun pergi ke 7E - The Reporter

‘No slipper, only shoes’ – Che Ta ajar anak lelaki sentiasa pakai kasut walaupun pergi ke 7E

Selebriti terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta begitu sinonim dengan gaya dan fesyen yang menarik perhatian. Pemilihan busana yang digayakan oleh beliau seringkali menjadi tumpuan lensa media.

Beliau bukan sahaja menjaga penampilannya sebagai seorang selebriti, malahan dia juga menitikberatkan pemakaian serta gaya anak-anaknya.

Menerusi satu wawancara, Che Ta mengakui dia mengajar dua anak lelakinya memakai selipar walaupun hanya pergi ke kedai serbaneka, 7 Eleven.

@mediahiburanofficial

Aktres & usahawan, Rozita Che Wan Akui Sampai Sekarang Masih Urus Baju & Persiapan Anak-Anak, Enjoy Buat Sebab Sudah Jadi Minat. Kalau sudah namanya Che Ta Kan? Love Her! #MHnews #MediaHiburan #FYP

♬ A Musica Mais Fofa do Mundo – Bruno Portinho Trilhas para filmes

“Zaman dulu kan selipar buruk macam selipar jamban. Tapi kalau diorang nak pergi pantai ada la selipar yang saya sediakan

“Ammar dengan Aniq tu memang diajar tak pakai selipar, hanya kasut sahaja,” katanya.

Berbeza dengan anak perempuannya pula, Che Ta menyatakan gaya dan penampilannya berbeza disebabkan Zain juga mengambil alih tugas menguruskan anak perempuannya.

” Bila Aaisyah sebab bukan saya sepenuhnya yang ajar dia. Bila keluar dengan Zain, rupa anak Zain dan bila keluar dengan Che Ta, rupa anak Che Ta. Jadi ada karakter yang berbeza,” katanya.

Dalam masa yang sama Che Ta juga menyatakan penampilan suami dan anak-anaknya diuruskan sendiri olehnya.

Sumber: Media Hiburan

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!