'Ni makan! Makan najis ni!' - Kantoi curang, lelaki lumur najisnya di muka teman wanita - The Reporter

‘Ni makan! Makan najis ni!’ – Kantoi curang, lelaki lumur najisnya di muka teman wanita

Berang teman wanita curang, lelaki lumur najisnya sendiri di muka mangsa selepas wanita itu berkali-kali enggan mengakui curang.

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang ‘tattoo artist’ yang dikenali sebagai ‘EP’, 39, nekad melumuri wajah teman wanitanya, ‘IM’, 23, dengan najisnya sendiri kerana tidak dapat menerima perbuatannya curang. EP juga turut memaksa mangsa memakan najis tersebut.

Ketua Polis Daerah Cilandak, Wahid Key berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu (18 Jun) di sebuah rumah di kawasan Cilandak, Jakarta Selatan.

“Sebelum kejadian, hubungan mereka baik-baik saja. Suspek selalu memberi mangsa wang. Jika mangsa meminta wang, suspek akan memberinya melalui transaksi online, 300,000 rupiah (RM93), 500,000 rupiah (RM155),” katanya.

Siasatan mendapati, mangsa baru sebulan bekerja di daerah itu dan menjalinkan hubungan dengan suspek. Tetapi dalam masa sama, mangsa menjalinkan hubungan dengan rakan sekerjanya.

Menurut Wahid, perbuatan wanita itu terbongkar selepas suspek datang berkunjung ke rumah sewa yang dibayarnya itu. Suspek cuba mengejar lelaki terbabit yang bertindak melarikan diri, tetapi gagal.

Suspek pulang semula ke rumah sewa dan memukul mangsa yang tidak mahu mengakui kecurangannya itu. Mangsa dipukul sehingga mengalami luka dan lebam di bahagian wajah dan pergelangan tangan.

“Suspek kemudian pergi ke bilik air untuk membuang air besar. Disebabkan masih beremosi, suspek keluar dengan membawa najisnya lalu dilumur ke muka mangsa. Mangsa turut dipaksa memakan najis tersebut.

“Dia sumbat najis ke dalam mulutnya sambil berkata, ‘Ni makan! Makan!”,” kata Wahid.

Selepas pergaduhan itu reda, mangsa pergi membersihkan diri sebelum keluar membuat laporan polis mendakwa suspek telah melakukan penderaan terhadapnya.

Sumber: Detik News

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!