Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Nazrief Nazri menjadi tumpuan ramai selepas dia memuat naik beberapa gambar percutian bersama isterinya, Aizatul Aqma, yang dikatakan tidak sesuai untuk tatapan umum. Kontroversi gambar percutian ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi foto yang dikongsi di media sosial, isteri Nazrief Nazri, Aizatul Aqma, dilihat mengenakan pakaian yang mendedahkan bahagian belakang dan dada, sekali gus mencetuskan teguran daripada netizen yang rata-rata mempersoalkan tindakan Nazrief sebagai seorang suami Muslim.
“Isteri tu amanah. Jangan biar aib tersebar,” tulis seorang pengguna yang menasihatinya secara terbuka.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan rasa kecewa apabila selebriti seharusnya menjadi contoh, bukannya memuat naik gambar yang dianggap tidak sensitif terhadap norma budaya dan agama masyarakat tempatan.
“Tak salah bercuti, tapi tolong jaga batas. Banyak mata yang melihat dan menilai,” kata seorang lagi netizen.


Sehingga kini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh Nazrief mahupun isterinya berhubung isu yang menjadi tular tersebut. Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang memilih pendekatan lebih berhemah, menyarankan agar pasangan itu diberikan ruang dan masa untuk berubah memandangkan ini bukan kali pertama Nazrief Nazri terpalit dengan kontroversi berkaitan gambar isterinya.
Nazrief Nazri dan Aizatul Aqma mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan sering berkongsi momen kehidupan mereka di media sosial. Namun insiden kali ini menjadi peringatan bahawa keterbukaan di platform awam juga datang bersama tanggungjawab moral terhadap pengikut.








