'Nanti ada yang anggap kena gari itu seronok' - Rita Rudaini | The Reporter

‘Nanti ada yang anggap kena gari itu seronok’ – Rita Rudaini

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selasa 16 Julai lalu, pasangan pempengaruh media sosial, Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah, dibebaskan dari tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas membayar wang jaminan RM200,000.

Selepas dibebaskan, pasangan berkenaan mula berkongsi pengalaman mereka. Dalam tempoh enam hari tersebut, mereka menganggap apa yang dilalui itu sebagai satu pengalaman yang menjadikan diri mereka lebih matang untuk mengharungi cabaran hidup.

“Ini adalah pengalaman dan pengajaran untuk kami supaya menjadi manusia lebih matang.

“Penahanan itu adalah reman untuk membantu siasatan. Belum dijatuhkan pertuduhan bersalah. Mungkin ramai ingat pakai gaji dan baju oren sudah bersalah.

“SPRM menjaga kami dengan sangat baik. Makan dan minum dijaga dengan baik. Sakit sikit, mereka bawa ke klinik.

“Kami duduk dalam ruangan pejabat, ada penghawa dingin. Alhamdulillah kami dilayan dengan baik. Apa yang pegawai SPRM makan, itulah yang kami makan,” kata Aisyah.

Lebih baik diam

Bagaimanapun bagi pelakon Rita Rudaini, pasangan itu sepatutnya menyimpan pengalaman tersebut untuk diri sendiri, bukannya dihebahkan kepada orang lain.

“Jangan jadikan benda itu (kena gari) normal. Tak payahlah ulas, nanti ada yang tak boleh berfikir dan menganggap benda kena gari, kena tangkap ini seronok nak cuba sebagai ‘pengalaman’.

“Kalau saya dulu shooting kena gari dan kena masuk bilik akhir hukuman gantung. Apa yang saya boleh cakap, ia adalah satu pengalaman untuk saya rasa,” katanya menerusi perkongsian di Instastory.

Menurut Rita, tidak perlu menunggang apa yang boleh ditunggang hanya semata-mata mahu menutup kesalahan diri, semata-mata nak memuaskan hati seorang orang.

“Kadang-kadang nak cover malu dan salah, mulalah buat penjelasan panjang lebar. Conoh, tiba-tiba teringat nak buat doa selamat, nak berbakti pada anak yatim.. mungkin boleh nampak baik, suci dan murni.

“Mulalah menunggang apa saja yang boleh ditunggang. Hati meronta-ronta nak buat live, nak posting quote-quote suci dan macam-macam. Benda itu semua nak sedapkan dan puaskan hati sendiri.

“Lebih baik diam supaya tak ada timbul isu-isu baru yang boleh buat orang marah, annoying, salah faham atau yang sewaktu dengannya,” katanya.

Sumber: Rita Rudaini

Related Posts