Nadia Brian tak tolak jika jodohnya seorang duda, tak nak suami orang sebab enggan dilabel sebagai penyondol - The Reporter

Nadia Brian tak tolak jika jodohnya seorang duda, tak nak suami orang sebab enggan dilabel sebagai penyondol

Pelakon Nadia Brian tidak kisah sekiranya dijodohkan dengan duda, asalkan bukan suami orang. Ini kerana, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, enggan dilabelkan sebagai perosak rumah tangga orang lain.

“Sebagai wanita, saya letakkan kriteria untuk bernikah dengan lelaki yang memahami dan kalau boleh, tidak mahu (lelaki) berstatus suami orang sebab tak nak jadi penyondol,” katanya.

Bagi Nadia, dia bukanlah memilih tetapi hanya mahu memastikan lelaki pilihannya itu adalah bujang atau suami orang sebelum meneruskan langkah untuk mengenal hati budi masing-masing.

Ketika ini, Nadia mengakui dia masih belum menemui calon yang serius dan masih lagi mencari. Kesibukannya dalam kerjaya membuatkan Nadia tiada kesempatan untuk berbuat demikian.

“…masih belum ada calon yang serius lagi. Masih lagi mencari dan mungkin terlalu sibuk. Jadi, sampai tak sempat nak bertemu janji atau berjumpa dengan mana-mana lelaki.

“Insya-Allah doakan saya bertemu jodoh yang baik selepas ini,” katanya.

Nadia sebelum ini pernah berkahwin dengan Muizz Nasruddin pada November 2019. Namun, pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah pada April 2021.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!