Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun disahkan mengalami kecacatan kekal di bahagian mata kanan akibat ditikam dengan lidi bebola daging oleh pembuli di sekolah.
Mangsa yang bersekolah di sekolah rendah awam di Menganti, Gresik, Jawa Timur, mendakwa dia telah dibuli oleh beberapa murid lain dalam kejadian 7 Ogos lalu.
Difahamkan pihak sekolah ketika itu menganjurkan pertandingan dan semua murid dari Tahun 1 hingga 6 dikehendaki berhkumpul di perkarangan sekolah.
Dalam perjalanan ke lokasi, mangsa telah ditarik oleh seorang murid lain yang dipercayai dari kelas atasan.
Mangsa dibawa ke lorong yang terletak di antara bilik guru dengan pagar sekolah.
Suspek meminta mangsa menyerahkan wangnya, tetapi mangsa enggan menuruti permintaan suspek menyebabkan dia ditahan, matanya ditutup sebelum mata kanannya dicucuk dengan lidi bebola daging dari bahagian atas ke bawah mata.
Ibu bapa mangsa turut tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi pihak sekolah dilihat seperti enggan memberikan kerjasama, selain tidak dibenarkan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Setelah diselidik, mereka mendapati video rakaman CCTV berhubung kejadian itu tiada dalam simpanan.
Kes masih dalam siasatan polis dan peranti rakaman CCTV juga telah dirampas untuk siasatan lanjut di makmal forensik Polis Wilayah Jawa Timur. – Agensi