'Muhyiddin juga perlu mohon maaf atas pelbagai dakwaan' - Anwar | The Reporter

‘Muhyiddin juga perlu mohon maaf atas pelbagai dakwaan’ – Anwar

Kolaj gambar menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang bertepuk tangan (dalam bulatan) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenyum ketika menghadiri majlis rasmi.
Anwar menegaskan Muhyiddin perlu memohon maaf atas pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap kerajaan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga wajar membuat permohonan maaf.

Katanya, Muhyiddin sebelum ini berkali-kali melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan MADANI, termasuk mendakwa pentadbirannya zalim dan enggan menyalurkan peruntukan kepada Kelantan.

Anwar menambah, beliau sendiri tidak terikat untuk mempertahankan kenyataan jika terbukti salah. Justeru, hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjadi penentu sama ada maklumat yang diterimanya berhubung kenyataan Muhyiddin sahih atau tidak.

Baca juga:

Pertikaian kenyataan warga asing

Kontroversi bermula apabila Anwar mendakwa Muhyiddin pernah membangkitkan isu warga asing dibebankan oleh dasar kerajaan. Muhyiddin segera menafikan perkara itu dan menuntut bukti.

Anwar kemudiannya menyerahkan kepada SKMM untuk menyiasat, dengan alasan kerajaan mesti menegakkan ketelusan serta tidak menyembunyikan kesilapan.

Sumber: Free Malaysia Today

Related Posts