'Mu samakan aku seperti pocong?!' - Vida tuntut Michael Ang melutut mohon maaf | The Reporter

‘Mu samakan aku seperti pocong?!’ – Vida tuntut Michael Ang melutut mohon maaf

Dato Sri Vida

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida, sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial apabila dia turut membuat solekan ASOKA yang baru-baru ini menjadi trend di TikTok.

Dalam video tersebut, Vida dilihat mengenakan solekan tebal bertemakan ‘Bollywood’, yang menerima pelbagai reaksi dari netizen terhibur dengan gelagat lucu usahawan berkenaan.

Make up adalah seni

Bagaimanapun, Vida kesal apabila sahabat baiknya, Michael Ang, menyamakan solekannya itu seperti hantu pocong.

“Kamu kata kat aku seperti pocong?! Tergamak kamu Michael mengata aku (macam) pocong. Kamu pocongkan aku?!

“Kamu baru berjumpa dengan saya dua hari yang lalu. Kamu sahabat saya, kamu bukannya support saya, (tapi) kamu musibatkan saya. Tak boleh ke support aku?

“Kamu kan director, kamu tahu kan benda make up macam ini adalah seni. Make up macam Asoka ini adalah seni,” katanya.

Usaha 12 jam, tapi disamakan macam pocong

Jelas Vida, dia telah menghabiskan selama 12 jam untuk membuat solekan tersebut dan merasa tidak adil apabila usahanya hanya dianggap sebagai ‘pocong’.

“Saya memang tidak akan maafkan. Saya berusaha buat benda ini bukan senang tahu, 12 jam saya menghadap buat semua ini. Kamu (sewenang-wenangnya) pocongkan saya. Kamu tak pandai menilai seni.

“Video saya ini tak sampai dua hari dah mencapai 10 juta tontonan. Kamu boleh buat? Bukannya nak support saya, kamu dajalkan aku. Minta maaf sekarang! Melutut depan aku sekarang ni.

“Sahabat makan sahabat, ini lebih teruk daripada penyondol. Depan baik, belakang mengata saya seperti pocong! Kamu la punca orang mengata saya pocong,” katanya.

Walaupun begitu, ramai netizen berpendapat Vida hanya bergurau. Ada juga yang berpendapat bahawa ini semua adalah strategi untuk meningkatkan engagement di media sosialnya.

Related Posts