'Mohon beri sedikit masa untuk selesaikan isu ini dengan aman' - Peniaga Sambal Nyet Khairi - The Reporter

‘Mohon beri sedikit masa untuk selesaikan isu ini dengan aman’ – Peniaga Sambal Nyet Khairi

Susulan dikecam teruk oleh netizen berhubung dakwaan menciplak produk Sambal Nyet Berapi, peniaga Sambal Nyet Khairi mengeluarkan kenyataan dan meminta orang ramai memberi ruang kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Salam dari Sambal Nyet Khairi. Kami telah menerima banyak pertanyaan berkenaan dengan isu yang timbul. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin tentang kami.

“Pada masa ini, kami telah melantik MW Chan dan rakan untuk menangani isu ini dengan cara yang betul. Mohon berikan sedikit masa kepada kami untuk menyelesaikan isu ini dengan aman.

“Sekali lagi, terima kasih atas masa anda,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, peniaga terbabit dikecam teruk di media sosial kerana menciplak produk Sambal Nyet Berapi yang diusahakan oleh usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming.

Macam tu je kau copy bang, senang kerja erk?!” kata netizen.

Tidak berdiam diri, Khairul Aming tampil memaklumkan peguamnya telah menghantar Letter of Demand (LOD) kepada peniaga berkenaan dengan lapan tuntutan yang perlu dijawab atau berdepan dengan tindakan yang lebih berat.

“Ramai customer yang tertipu, terperdaya dengan pembelian ini sebab dia orang ingat itu sambal yang original, tetapi sebenarnya bukan.

“Sambal Nyet Khairi ini sangatlah menyamai dengan Sambal Nyet Berapi yang kita punya. Kita pun telah mengenal pasti seller tersebut,” katanya.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!