Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Susulan ramai yang mendesak pemilik produk Sambal Nyet Berapi mengambil tindakan terhadap peniaga Shopee yang menciplak produknya (Sambal Nyet Khairi) sehingga dijual beribu-ribu unit, usahawan dan pempengaruh Khairul Aming tampil memberi penjelasan.
Dalam video yang dimuat naik di TikToknya sejam yang lalu, ikon inspirasi golongan anak muda itu menjelaskan pihaknya telah mengenal pasti identiti peniaga berkenaan.
Menurut Khairul, peguamnya juga telah menghantar Letter of Demand kepada individu terbabit untuk menjawab 8 tuntutan yang dikemukakan. Sekiranya gagal berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang yang lebih serius.
Seller Shoppe telah dikenal pasti
Semalam ada satu isu di mana ada satu sambal yang cuba ciplak atau tiru Sambal Nyet yang dinamakan sebagai Sambal Nyet Khairi.
Jadi, ramai customer yang tertipu, terperdaya dengan pembelian ini sebab dia orang ingat itu sambal yang original. Tapi sebenarnya bukan.
Sebenarnya kita dah aware pasal kewujudan sambal (ciplak) ini sejak beberapa hari lepas. Tapi kita tengah kumpulkan bukti untuk kita ambil tindakan undang-undang dan yang sepatutnyalah.
So ini sambalnya (Sambal Nyet Khairi) yang kita dah beli untuk dijadikan bukti dan trace siapakah seller tersebut.
Jadi kalau korang boleh nampak, ini Sambal Nyet Khairi dan ini pul Sambal Nyet Berapi yang kita punya. Sangatlah menyamai, dekat depan pun sama, dekat penceritaan sebelah tepi sama, bahagian ingredients pun sama. Postcard dekat depan pun sama, penulisan customer servis dekat belakang postcard pun sama juga.
Peguam hantar Letter of Demand
Jadi kita pun telah mengenal pasti siapakah seller tersebut dan hari ini peguam kita sudah menghantar Letter of Demand (LOD) atas intelectual property rights dan juga passing off.
Intelectual property righs ini ada banyak jenis, salah satunya trademark seperti nama, logo ataupun slogan. Yang keduanya adalah copyrights, lebih kepada karya seperti muzik, filem, lagu dan sebagainya.
Yang ketiga adalah pattern, lebih kepada design. Contohnya pattern microphone atau telefon bimbit dan macam-macam lagi.
Passing off ini pula bila ada orang jual barang yang sama dengan barang orang lain yang sudah diterima tanpa kebenaran.
Sambal Nyet Berapi daftar MyIPO 2 Nov 2021
Untuk pengetahuan anda, trademark sambal ini sebenarnya sudah didaftarkan dan diluluskan oleh MyIPO pada tarikh 2 November 2021. Jadi dalam LOD hari ini kita ada lapan tuntutan yang kita dah senaraikan kepada seller tersebut dan kalau dia gagal untuk penuhi 8 tuntutan tersebut, kita akan escalate kes ini pergi ke legal prosiding yang lebih tinggi.
Sebenarnya ini bukan kali pertama isu sambal ciplak terjadi. Pernah berlaku tiga tahun yang lepas dan saya yakin dah ramai orang tahu tentang kes itu. Tetapi itulah, ada juga orang yang degil.
Kita kena ingat, setiap tindakan yang kita buat itu ada dia punya legal consequences dia. Saya memang selalu support peniaga lokal and especially peniaga kecil. Tapi kalau nak berniaga, bukan macam ini cara dia.
Kalau awak ada produk sambal ke, produk makanan atau produk apa sekali pun, jual lah. Tapi jual dengan identiti sendiri dan bina brand anda sendiri.
Saya nak ambil kesempatan ini, nak pesan kepada semua peniaga kat luar sana terutamanya peniaga kecil. Kalau ada kemampuan, pergilah daftar trademark bisnes anda. Office MyIPO itu ada dekat Bangsar ni. Boleh pergi daftar dan lindungilah bisnes anda supaya tak ada orang salahguna nanti di masa depan.
Akhir kata, saya nak pesan carilah rezeki yang halal dan keberkatan. Insya-Allah akan pergi jauh.
Sumber: TikTok Khairul Aming