Mizz Nina & Essam dakwa Musa alami trauma, cirit birit & muntah selepas dibawa keluar dari rumahnya tanpa izin - The Reporter

Mizz Nina & Essam dakwa Musa alami trauma, cirit birit & muntah selepas dibawa keluar dari rumahnya tanpa izin

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Dalam perkembangan isu penjagaan hak anak angkat, aktivitis kemanusiaan Mizz Nina mendakwa Musa mengalami trauma selepas dibawa keluar dari rumahnya tanpa keizinannya selama lebih tiga minggu.

Musa dikatakan mengalami trauma selepas diambil oleh bekas suaminya, Noh Salleh.

“Bayangkan budak sekecil itu dibawa keluar dari rumah. Dia menjadi trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan serta jiran yang memang rapat dengan dia.

“Dia menjadi trauma sebab tercari-cari mak dia, tapi tak boleh nak jumpa,” katanya.

Musa mengalami cirit birit, muntah dan kuku panjang

Mizz Nina turut mendakwa Musa dalam keadaan tidak sihat, mengalami cirit birit, muntah dan kukunya panjang serta kotor sejurus pulang ke rumah.

“Saya dan suami segera bawa Musa berjumpa dengan beberapa orang doktor dan pakar psikiatri untuk melakukan pemeriksaan ke atas kesihatan fizikal dan mentalnya,” katanya.

Dalam pada itu Mizz Nina turut menyatakan kejadian tersebut telah membuatkan Musa berdepan dengan masalah pengabaian (abandonment issue).

“Sebagai contoh kalau saya nak bawa dia keluar, Musa akan takut dan berpaut pada saya. Dia seolah seperti sudah hilang kepercayaan dan merasakan yang saya takkan kembali kepada dia,” katanya.

Susulan itu, Mizz Nina menegaskan bekas suaminya tidak mempunyai keperluan untuk menuntut hak penjagaan bersama.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!