MINDEF arah siasatan dalaman segera dakwaan isu tular | The Reporter

MINDEF arah siasatan dalaman segera dakwaan isu tular

MINDEF arah siasatan dalaman isu tular
Kementerian Pertahanan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa pihaknya memandang serius dakwaan mengenai kemasukan individu yang tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral yang didakwa berlaku di dalam kem tentera, selepas isu berkenaan tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut kenyataan rasmi, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi memastikan kebenaran dakwaan tersebut secara menyeluruh.

“Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa dakwaan ini tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, sekiranya siasatan mendapati dakwaan tersebut benar, tindakan tegas akan diambil terhadap semua pihak yang terlibat, selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Jika didapati benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa,” katanya.

Baca juga:

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Kementerian Pertahanan dan ATM.

“Kementerian Pertahanan menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan disiplin, integriti, dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi, serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara,” jelasnya.

Terdahulu, tular dakwaan bahawa pegawai tentera terlibat dalam aktiviti tidak bermoral sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Isu berkenaan turut mendapat perhatian penyanyi rap dan pempengaruh, Caprice.

Related Posts