Pemergiannya bukan hanya ditangisi oleh keluarga dan rakan-rakan, malah sikap baik hatinya turut dikenang oleh petugas perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Amirrul Mukminin Bin Mohd Zain menerima penghormatan terakhir dari staf hospital HSNZ kerana sumbangan yang cukup besar sebagai penderma organ.
Menerusi satu video tular di TikTok, Allahyarham Amirrul dibawa keluar oleh petugas perubatan dan disambut dengan penuh penghormatan oleh sebilangan kakitangan di sana.
Abang ipar kepada Amirrul turut berkongsi momen penghormatan terakhir berkenaan. Beliau menzahirkan kebanggaannya terhadap tindakan mulia Amirrul, di mana sumbangan organya mampu menyelamatkan nyawa orang lain.
“Semoga tenang di alam sana, wahai adik ipar, bersama bonda dan seluruh umat Islam,” kata abang ipar arwah.
Baca juga:
- LRT3 Shah Alam: Sultan Selangor zahir penghargaan kepada Najib dan Anwar
- Hilang sebelah kaki bukan penghalang, dua beradik gigih usahakan Cendol Meleleh
- ‘Dulu BN buat, dilabel macam-macam, sekarang tukar nama je’ – Wee Ka Siong
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Exit Area Kijal semasa dalam perjalanan pulang ke Kelantan.
Menurut perkongsian dari rakan Allahyarham, Amirrul disahkan mengalami mati otak selepas kemalangan itu.
“Selesai sudah urusan awak di dunia ini dan awak pergi dengan cara yang mulia sebagai penderma organ yang mungkin tidak semua berpeluang untuk lakukan. Meninggal di hari Jumaat yang mulia, Allah memang sayangkan awak sangat-sangat,” tulis seorang rakan mengenang jasa arwah.








