Bapa Syakirah Hanan maafkan keluarga pemandu Honda Jazz | The Reporter

Bapa Syakirah Hanan maafkan keluarga pemandu Honda Jazz

Bapa Allahyarhamah Syakirah Hanan tenang menerima permohonan maaf keluarga pemandu Jazz.
Gambar: Tangkap layar media sosial, Harian Metro.

Bapa kepada Allahyarhamah Syakirah Hanan Mazli, 25, menerima dengan hati terbuka permohonan maaf daripada keluarga pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan sehinggga mengorbankan nyawa anaknya di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu, tengah hari semalam.

Mazli Yusoh, 51, berkata beliau bersama isteri, Nurul Huda Ibrahim, 50, menerima kunjungan ibu bapa pemandu lelaki berusia 32 tahun itu ketika berada di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi urusan bedah siasat jenazah anak mereka. Menurut Mazli, pasangan berkenaan beberapa kali memohon maaf dalam keadaan sebak.

Mazli yang juga seorang pendidik menyatakan beliau memaafkan keluarga terbabit dan menerima kejadian tersebut sebagai ketentuan Ilahi. Namun, katanya, dari sudut perundangan, siasatan tetap perlu dijalankan bagi menentukan sebarang unsur kecuaian yang berlaku.

Dalam kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari, Syakirah Hanan, penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh sebuah Honda Jazz di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan, Bukit Kecil. Mangsa dipercayai sedang membelok ke kanan selepas lampu isyarat bertukar hijau ketika insiden berlaku.

Impak pelanggaran menyebabkan mangsa tersepit di dalam kenderaannya yang mengalami kerosakan teruk. Pemandu Honda Jazz terbabit dilaporkan cedera parah termasuk kecederaan pada leher dan tangan serta kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Difahamkan, kenderaan berkenaan dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Baca juga:
@softkahfee

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Shakirah Hanan binti Mazli. Moga dikelilingi oleh orang-orang soleh dan solehah disana nanti. Kami menunggu masa dan ketikanya. #shakirah #hanan #mazli

♬ suara asli – Muh_ban – Muh_ban

Sementara itu, di media sosial, ramai yang memuji ketabahan bapa Allahyarhamah yang dilihat tenang menerima ujian berat tersebut. Beliau turut tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir serta memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarhamah.

Sumber: Kosmo, Berita Harian

Related Posts