Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular ketika ini, dakwaan mengatakan pelakon dan penyanyi Bella Astillah curang. Bella dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon baharu iaitu Muaz Zabir.
Beberapa mesej perbualan mesra antara mereka juga turut didedahkan melalui aplikasi TikTok.
Dalam mesej perbualan tersebut, kedua-dua dilihat membahasakan diri dengan panggilan manja iaitu ‘sayang’ dan ‘baby’.
Selain daripada mesej mesra antara mereka, pemilik TikTok berkenaan turut menyelitkan gambar intim mereka berdua.
Sebelum ini juga tular di jaringan X, seorang wanita mendedahkan perkara tersebut. Katanya perbuatan Bella menyebabkan ibu kepada Aliff Aziz bertindak untuk tidak mengikuti (follow) Bella di Instagram.

Susulan penularan isu ini juga, Muaz Zabir dilihat menutup ruangan komen di Instagram manakala Instagram Bella pula dihujani dengan pelbagai komen dari netizen.
Bagaimanapun, ada netizen menyifatkan perkara ini seperti tidak masuk akal dan telah disunting.
Sumber: TikTok








