'Mentang-mentang aku artis, senang dilabel sebegitu rupa' - Boy Iman luah rasa sedih dilabel sebagai scammer, penipu bagai - The Reporter

‘Mentang-mentang aku artis, senang dilabel sebegitu rupa’ – Boy Iman luah rasa sedih dilabel sebagai scammer, penipu bagai

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Norul Iman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman pada Isnin lalu meluahkan perasaan sedihnya di Facebook mengenai perjalanan hidupnya yang penuh berliku.

Bermacam-macam gelaran yang dilemparkan terhadapnya seperti scammer, penipu dan pernah beberapa kali disumbat dalam lokap atas beberapa tuduhan yang berkaitan dengan perniagaan yang dilakukannya.

Insiden itu membuatkan ramai kenalannya menjauhkan diri kerana tidak mahu terpalit ‘aura negatif’ yang dibawa oleh Boy Iman.

“Orang mungkin nampak aku kuat, happy, masyuk. Macam-macam aku dah hadap dalam hidup ini kalau cerita tentang negatif.

“Dituduh, dikecam, dibuka aib sebagai scammer, penipu, penjenayah, penjahat, kaki kencing dan macam-macamlah. Tidur dalam lokap pun aku pernah, beraya dalam lokap pun aku dah rasa. Semua pasal bisnes atau kerja.

“Kawan-kawan menjauh, orang tak nak bagi projek, orang komen mengata bukan-bukan tentang aku di media sosial, tiada panggilan untuk berlakon, tiada duit makan dan untuk bayar bil bagai.

“Sedangkan hanya aku dan Allah serta beberapa orang sahaja yang tahu betul atau tidak. Keluarga aku pun sentiasa tahu aku betul atau tak, termasuklah my cinta sejati,” katanya.

Segala fitnah & tuduhan membuatkan dirinya lemah & tertekan

Jelas Boy Iman, tiada terlintas di hatinya untuk menjadi penipu atau menipu untuk hidup. Dan dia ada usahawan sejati, bukanlah seperti yang didakwa (scammer).

Boy Iman tidak menafikan, segala fitnah dan tuduhan yang dilemparkan pelbagai pihak adakalanya membuatkan dia lemah dan tertekan.

“Mentang-mentanglah aku ‘artis’ senang sangat aku dicop, dilabel sebegitu rupa. Adakalanya aku sangat down, lemah dan sangat stress. Tetapi tak adalah sampai nak bunuh diri, jadi gila atau nak membunuh orang. Aku masih ada iman, ada otak dan akal.

“Aku mengharapkan Allah ganti semuanya di dunia dan di akhirat untuk setiap ‘ujian’ yang Dia bagi,” ujarnya.

Di ruangan komen, peminatnya menasihatkan untuk terus berusaha dan mengabaikan segala komen negatif dari orang awam.

“Jangan mati dek kata-kata orang. Bukan diorang yang kasi kita makan pun. Bersyukurlah kita masih dapat makan sampai buncit. Orang yang memfitnah itu, di akhirat kelak akan mendapat bahagiannya, termasuklah kaki aniaya,” kata Faisal. – The Reporter

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!