'Menari tak salah, yang salah kita post & tunjuk pada umum' - Netizen titip nasihat buat Uqasha Senrose - The Reporter

‘Menari tak salah, yang salah kita post & tunjuk pada umum’ – Netizen titip nasihat buat Uqasha Senrose

Sumber gambar: Instagram Uqasha Senrose

Malam tadi, pelakon Uqasha Senrose memuat naik video yang memaparkan dirinya menari kegembiraan, mungkin masih teruja berkongsi berita gembira itu dengan para pengikutnya.

“Nobody can make you happy untill you are happy with youself first. Mana ada before this Qasha nak menari-nari macam ni, asal eh?” katanya.

Bagaimanapun, di ruangan komen ada beberapa individu yang menasihatkan pelakon itu untuk tidak memuat naik video sedemikian yang dikatakan tidak manis untuk dipertontonkan kepada umum.

‘Tak salah menari tetapi, jangan tunjuk pada umum’

“Comel, tapi awak pregnant anak sulung kan, jaga babybump ye awak. Simpan (untuk) kenangan sendiri tak apa atau nak up kemudian hari pun okay, selepas anak dah keluar, kalau rasa nak up nanti. Sebab tak semua orang suka. ‘Mata jahat’ banyak, lagi-lagi kes Kamal pernah dipukul orang sakit hati. Sedangkan Kamal tak ada buat apa pun kat orang itu. Saya memang minat awak, teguran sayang untuk awak tau kakak. Sorry andai sakitkan hati awak,” kata Norezlynn.

“Tengok orang dance-dance macam ni tumpang happy. Tapi kadang terfikir diorang buat aksi macam ni, saya pula yang rasa malu sebab ramai mata yang memandang terutama pak mentua atau siapa-siapa lelaki yang kenali diri,” kata Beaufiey.

“Menari tak salah, yang salah adalah kita post dan tunjuk pada umum. Maaf, kita bukan orang baik. Cuma kita tegur sambil doakan diri sendiri juga,” kata Auramuslimah By Anis.

“Kita pula naik segan tengok. Masa kita dulu selagi boleh tutup, kita tutup. Semoga yang baik-baik sahaja buat Uqasha dan baby,” kata Zaranara.

Walaupun begitu, ada netizen yang tampil mempertahankan pelakon itu dan meminta si penegur yang merasakan dirinya terpaling suci itu menjaga hal masing-masing.

“Biarlah nak gedik-gedik ke, nak tunjuk perut dia ke. Itu hal dia kan? Jaga je hal sendiri. Kita masing-masing pun ada buat silap,” kata Aida.

“Kenapalah banyak sangat komen toksik ni. Allahu, suka sangat judge orang. Tengok like comment murni-murni dah la,” kata Eshaenrique22.

Doakan yang baik-baik untuk Uqasha & baby

Ahad lalu, Uqasha berkongsi hantaran di Instagram yang memaklumkan dia kini sedang hamil dan bakal bergelar ibu.

“Syukur Ya Allah, Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha.

“Nervous dari nak jadi isteri dan now nervous untuk jadi ibu pula. Doakan yang baik-baik untuk Qasha dan baby.

“Bila nak jadi bakal ibu ni, baru tahu dan rasa yang comel ke, cantik ke semua itu tak penting. Tapi yang paling penting kesihatan dan sempurna cukup sifat itu je doa Qasha,” katanya.

Ramai rakan selebrti dan para pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Uqasha dan suami, Kamal Adli. Malah mereka teruja melihat wajah Uqasha yang dikatakan kelihatan berseri.

Sumber: Instagram Uqasha Senrose

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!