Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kopi merupakan antara minuman yang menjadi kegemaran sesiapa sahaja tanpa mengira waktu. Di antara berjuta-juta jenama kopi yang terdapat di dunia, kopi luwak merupakan kopi yang termahal di dunia. Biji kopinya mencapai harga sehingga USD100 per 450 gram.
Bagaimanapun, mereka mendapati musang memakan tanaman kopi itu dan najisnya mengandung biji-biji kopi yang tidak dapat dicernakan. Sebahagian dari petani kemudian memungut najis haiwan berkenaan dan membersihkannya bagi mendapatkan semula biji-biji kopi itu.
Biji-biji kopi itu kemudian dikeringkan dan ditumbuk sebelum dibancuh menjadi kopi. Hasilnya, kopi itu jauh lebih enak untuk dinikmati berbanding kopi yang diambil dari pokok.














