'Memang kena update ke apa yang dibeli dan ada?' - Semalam viral tudung 'murah' RM1.2K, hari ini kasut RM5,290 - The Reporter

‘Memang kena update ke apa yang dibeli dan ada?’ – Semalam viral tudung ‘murah’ RM1.2K, hari ini kasut RM5,290

Haliza Maysuri, pengasas jenama tudung Bawal Exclusive sebelum ini menjadi perhatian kerana memakai tudung ‘murah’ berharga RM1,200. Kini sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial.

Haliza telah memuat naik video di TikTok semalam yang menunjukkan beliau membeli beberapa pasangan kasut dan salah satunya berharga RM5,290.

“Tengah nak cari kasut. Nak pakai, anak kahwin. Yang ini RM5,290. Cantik tak? Kita ada (warna) silver dua, untuk jalan-jalan. Kita ambil semua (termasuk yang putih). Ini racun ni. Ini racun berbisa,” katanya dalam video itu.

Beliau juga menambah, “Rasa bersalah pula pakai tudung murah RM1,200. Sebab kasut letak kat kaki harga RM5,290. Sedangkan tudung junjung atas kepala”.

Video tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Seorang netizen, SZ, bertanya, “Adakah ini dianggap takbur?”, takbur merujuk kepada sikap sombong dan angkuh yang melampaui batas dalam Islam.

Seorang lagi netizen, Misz Vanilla Coklat, berkata, “Entahlah, acik. Saya speechless dengan content acik dua tiga hari ni. Seriau pula tengok.”

Namun, ada juga yang memberikan reaksi positif. Nor Hasnida berkata, “Alhamdulillah, saya bangga dengan orang Islam kita. Pastinya mereka adalah penyumbang zakat yang banyak. Semoga rezeki puan dan keluarga sentiasa dimurahkan.”

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!