'Mayatnya telah dipotong kepada beberapa bahagian' - Polis sahkan mayat wanita ditemui dalam bagasi, tiada kesan suntikan BCG - The Reporter

‘Mayatnya telah dipotong kepada beberapa bahagian’ – Polis sahkan mayat wanita ditemui dalam bagasi, tiada kesan suntikan BCG

Polis mengesahkan mayat wanita mereput dan berulat yang ditemui dalam bagasi ditinggalkan di kiosk perhentian bas terbiar di Kulai kelmarin, bukan warga tempatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, perkara itu disahkan berdasarkan pemeriksaan yang mendapati tiada kesan suntikan BCG pada mayat tersebut.

Baca: Mayat wanita mereput & berulat ditemui dalam bagasi yang ditinggalkan di perhentian bas terbiar

“Bedah siasat dibuat dan mendapati tiada kesan suntikan BCG di tubuh badan mayat. Jadi, kemungkinan besar mangsa bukan seorang warga tempatan.

“Mayat itu juga sudah dipotong kepada beberapa bahagian untuk dimuatkan ke dalam beg berkenaan,” katanya.

Tambah Kamarul lagi, pihaknya masih menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh akibat dendam,” katanya.

Selain itu, kesan kecederaan di bahagian belakang kepala mangsa dipercayai berpunca dari pukulan objek tumpul.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!