Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
“Mana peminat kami? Adakah kami sudah tak sesuai?” tulis Man Raja Lawak dalam video yang dimuat naik di TikTok semalam dalam usaha menyeru para peminat untuk menonton filem baharu berjudul Saka Perawan.
Filem berunsurkan komedi seram itu dibintangi oleh Azlee Senario, Datuk Fauziah Nawi, Sophia Albarakhbah, Man Raja Lawak dan ramai lagi, mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 27 Jun lalu.
Setakat ini, belum diumumkan berapa kutipan filem tersebut selepas sembilan hari ditayangkan. Tindakan Man memuat naik video dengan wajah penuh emosi kesedihannya itu mengundang rasa simpati netizen.
Walaupun begitu, ada juga yang berkongsi pandangan jujur dari segi tajuk, poster, marketing.
Salah seorang netizen turut menasihatkan Man untuk bertukar ke bidang pekerjaan lain sekiranya industri hiburan sudah tidak lagi relevan dengan dirinya. Namun, Man menjelaskan video itu hanya sekadar content sahaja.
Bagi mereka yang sudah menonton Saka Perawan, rata-rata mengakui filem tersebut menarik dan menghiburkan.
Sumber: TikTok Man Raja Lawak