Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Viral di media sosial video drama Dendam Aurora, babak seorang doktor wanita cuba menyelamatkan pesakit yang sedang mengalami sawan dengan menggunakan sudu.
Sementara itu, individu bernama Sakura Surina juga berkongsi langkah-langkah awal yang perlu dilakukan oleh orang awam jika ternampak ada individu yang terkena sawan.
- Hubungi 999 untuk meminta bantuan
- Mengiringkan badan pesakit ke sebelah kiri. Boleh Google ‘recovery position’. Ini untuk memastikan segala secretion akan dapat mengalir keluar dan melindungi saluran nafas
- Observe cara sawan. Nanti petugas kesihatan akan tanya berapa minit sawan, macam mana cara sawan seperti mata ke atas, air liur meleleh
- Biasanya dia akan resolved sendiri. Sekiranya melebihi lima minit, barulah perlu diberi ubat oleh petugas kesihatan.
- Jangan letak apa-apa dalam mulut pesakit kerana dikhuatiri akan menyebabkan tercekik atau kecederaan pada mulut. Mereka akan mengetap gigi dengan sangat kuat sehingga boleh mencederakan.
Ini bukan pertama kali drama tempatan yang memaparkan babak rawatan dan perubatan yang tidak mengikut prosedur sehingga dikecam oleh pengamal perubatan serta di netizen di media sosial. Namun apa yang pasti, teguran yang dibuat itu perlulah diterima dengan hati yang terbuka oleh pihak berkenaan agar penonton tidak keliru dan diajar dengan perkara yang bukan-bukan sehingga menyesatkan.












