Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Umum mengetahui sikap dan semangat rakyat Palestin cukup kuat dan tabah menghadapi cabaran sehinggakan masyarakat luar negara mengkagumi keperibadian mereka.
Bahkan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kemerdekaan dan kebebasan negara mereka.
Satu surat tular dari seorang rakyat Gaza ditulis buat pejuang Palestin. Surat tersebut yang ditampal di pintu rumahnya mengenai luahan beliau yang telah kehilangan tempat tinggal kerana berpindah akibat konflik perang yang berlaku.
“Wahai Yang Tersayang. Lelaki Pejuang Allah. Kami meninggalkan rumah kami dengan mengetahui bahawa kami akan selamat selagi mana kalian ada. Terima kasih untuk kalian. Kami akan pulang nanti,” tulisnya.
Makanan bertin dan wang tunai buat pejuang
Bukan hanya ucapan terima kasih, malahan individu tersebut turut menawarkan makanan bertin kepada pejuang Palestin serta wang tunai yang disimpan di atas katil.
“Almari coklat di dapur itu. Kami isikan makanan bertin untuk kamu. Semoga mendapat seribu kesihatan dan kegembiraan untuk hati kamu.
“Di ruang tamu itu terdapat sofa yang berwarna coklat dan beige di sudutnya. Di bawah sofa itu ada kunci untuk masuk ke bilik tidur. Bukalah bilik itu dan kamu akan menemui duit di atas katil. Jika kamu mahu membelanjakannya. Ambillah dan lakukannya dengan kegembiraan,” katanya.
Dalam pada itu, individu berkenaan juga meminta para pejuang supaya menjaga diri masing-masing dan kekal selamat.
“Jika rumah saya ini dimusnahkan. Ia hanyalah pengorbanan kecil. Kerana tapak kasut kamu lebih berharga dari rumah saya itu. Tetapi saya hanya ada satu permintaan. Tolong jaga diri kamu semua dan kekal selamat,” tulisnya.
Sumber: Irfan