Lelaki Palestin terbakar dalam khemah angkara pengeboman Zionis, tular | The Reporter

Lelaki Palestin terbakar dalam khemah angkara pengeboman Zionis, tular

Sumber Gambar: Al-Jazeera

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kekejaman yang dilakukan oleh puak zionis ke atas penduduk Gaza tidak terhenti, malahan mereka sedaya upaya melancarkan serangan demi serangan demi menakluk kawasan berkenaan.

Satu gambar dan video tular yang memaparkan seorang lelaki yang terbakar hidup-hidup di dalam khemah yang diduduki di luar Hospital Al-Aqsa di Deir al-Balah, Gaza sangat menyayat hati.

Shaaban Ahmad Al-Dalou, 19 tahun dirakam bergelut dan menahan kesakitan sebelum maut dalam api yang marak. Turut syahid dalam insiden berkenaan adalah ibunya.

Gambar tular

Menerusi laporan Al-Jazeera, Shaaban merupakan seorang mahasiswa kejuruteraan perisian di Universiti al-Azhar, Gaza.

Shaaban sebelumnya dikatakan terselamat dari insiden serangan Israel ke atas sebuah masjid yang terletak berhampiran sebuah hospital yang telah mengorbankan 20 orang minggu lalu.

Kisah Shaban turut menjadi tular sebelum ini apabila dirakam berkongsi kisah perjuangannya untuk mendapat dana bagi membawa keluarganya berpindah ke Mesir sehingga perang tamat selain berkongsikan pengalaman trauma berdepan dengan situasi perang.

“Tiada tempat selamat lagi di Gaza,” katanya dalam video terakhir yang dirakam.

Related Posts