Lelaki minta izin jadikan kedi golf sebagai perempuan simpanan, nyaris maut ditikam isteri - The Reporter

Lelaki minta izin jadikan kedi golf sebagai perempuan simpanan, nyaris maut ditikam isteri

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki Thailand hampir melayang ke alam di sebalik mata selepas meminta keizinan isterinya untuk menjadikan kedi golf sebagai perempuan simpanan, yang menyebabkan dia ditikam sebanyak tiga kali.

Dalam kejadian yang berlaku pada Khamis, 28 September, polis dari Balai Don Hua Lor yang menerima maklumat kejadian terus segera datang ke lokasi untuk menyelamatkan pemain golf, Raichin, berusia 36 tahun.

Akibat daripada serangan itu, Raichin mengalami luka di bahagian lengan, belakang badan dan perut.

Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Chon Buri untuk mendapatkan rawatan segera.

Apabila disoal oleh polis siapa penyerangnya dan dia mengakui suspek adalah isterinya sendiri.

Menurut Raichin, isterinya berang selepas mendengar permintaannya untuk menjadikan kedi golf sebagai perempuan simpanan.

Suspek kemudian bertindak menikam mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian.

Ditanya sama ada mangsa mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek, Raichin enggan berbuat demikian dan memaafkan isterinya.

Sumber: Thaiger

Total
0
Shares
Total
0
Share