Lelaki meninggal dunia akibat jangkitan berpunca daripada gigi berlubang - The Reporter

Lelaki meninggal dunia akibat jangkitan berpunca daripada gigi berlubang

Lelaki dirawat di ICU akibat komplikasi daripada jangkitan gigi berlubang.
Jangkitan daripada gigi berlubang merebak sehingga menyebabkan komplikasi serius.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki di Bandung, Jawa Barat, Indonesia, Mochammad Firmansyah, 41, meninggal dunia selepas mengalami komplikasi serius akibat jangkitan berpunca daripada gigi berlubang. Kisah sedih ini dikongsikan oleh isterinya, Amanda Prawiria, menerusi akaun TikTok miliknya.

Menurut Amanda, semuanya bermula apabila suaminya mengadu sakit gigi dan mengalami bengkak pada pipi. Menyangka hanya sakit gigi biasa, Firmansyah sekadar menampal koyok (pelekat ubat untuk melegakan sakit sendi) di bahagian yang sakit.

Namun, bengkaknya semakin besar hingga dia sukar makan dan minum. Firmansyah dibawa ke hospital, tetapi doktor menyangka ia hanya jangkitan ringan dan membenarkannya pulang.

“Sebenarnya suami ada gigi berlubang, tapi dia tak beritahu doktor. Jadi, doktor di Jabatan Kecemasan suruh balik sebab kata itu cuma jangkitan biasa,” kata Amanda.

Keadaan Firmansyah semakin teruk sehingga dia sekali lagi dibawa ke hospital. Pemeriksaan doktor mendapati jangkitan pada gusinya telah merebak ke leher dan bahu.

Selepas dua hari dirawat, Firmansyah menjalani pembedahan dan dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami kesukaran bernafas serta tekanan darah tinggi. Pada hari keempat di ICU, dia tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada 20 Disember 2024.

“Suami pergi depan mata aku. Suami aku, imam aku, tinggalkan aku dan anak-anak tanpa sempat mengucapkan apa-apa,” luah Amanda.

Amanda berharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada orang ramai tentang bahaya gigi berlubang jika tidak dirawat segera.

“Semoga cerita suami aku jadi peringatan. Jangan takut jumpa doktor gigi, sebab sekarang ada kemudahan rawatan pergigian percuma untuk semua,” katanya. – Agensi

Total
0
Shares
Total
0
Share