Lelaki dakwa staff kedai kopi terkenal biadab, minta dia cakap Bahasa Melayu dengan cara biadab apabila dia memesan kopi dalam Bahasa Inggeris - The Reporter

Lelaki dakwa staff kedai kopi terkenal biadab, minta dia cakap Bahasa Melayu dengan cara biadab apabila dia memesan kopi dalam Bahasa Inggeris

Sebagai yang sentiasa berurusan dengan pelanggan di kaunter, adab dan etika perlulah dijaga agar tidak mencemarkan nama majikan.

Walaupun pelanggan adakalanya bertindak di luar batasan, pekerja perlulah bijak menanganinya dengan profesional tanpa membabitkan emosi.

Tetapi dalam ciapan yang tular semalam, seorang pengguna mendakwa kakitangan kedai kopi terkenal bersikap biadab terhadapnya, semasa membuat pesanan di kaunter.

“Hello @StarbucksMY, salah seorang kakitangan anda berkelakuan biadab terhadap saya hari ini. Namanya, Raden.

“Saya nak memesan kopi dan apabila saya bercakap dalam Bahasa Inggeris, dia segera mengarahkan saya bercakap dalam Bahasa Melayu dengan cara yang biadab.

“Cakap Melayu je lah”

“Ini berlaku di Starbucks KLIA. Sila ambil tindakan,” tulis pengadu di Twitternya semalam yang turut menyertakan gambar kakitangan terbabit.

Ciapan itu mengundang banyak reaksi pengguna Twitter yang turut mengecam tindakan biadab kakitangan berkenaan. Malah ada yang mendakwa pernah berdepan dengan situasi sama.

Menyedari aduan itu tular, Starbucks Malaysia tampil meminta pengadu berkongsi maklumat mengenai insiden yang tidak diingini itu. Dan memberi jaminan akan menjalankan siasatan dalaman sebelum mengambil tindakan.

Sumber: Twitter

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!