Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang kerana membunuh adik iparnya, dalam kejadian di Perumahan Kesuma Permai II, Palembang, Indonesia.
Suspek, Romli, didakwa membunuh mangsa, Yandi Efran, kerana kesal dengan mangsa yang mengabaikan anak dan isterinya tanpa memberi sebarang nafkah.
Ketua Polis Palembang, Harryo Sugihhartono berkata, suspek berjaya ditahan ketika bersembunyi di Daerah Banyuasin, pada 10 September lalu.
Siasatan awal mendapati, suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang telah mengabaikan isterinya, yang juga merupakan adik kandung kepada suspek. Berang dengan apa yang berlaku, suspek telah merancang untuk membunuh adik iparnya.
Pada hari kejadian, 11 Julai 2024, suspek menceroboh rumah mangsa. Yandi ketika itu bersendirian dan sedang mandi, didatangi oleh Romli yang kemudian menikamnya dengan pisau di bahagian paha kiri, dada kiri dan tangan kiri sebelum ditinggalkan dalam kecederaan parah sehingga tidak bernyawa.
Selain masalah rumah tangga, Romli mendakwa Yandi juga selalu mencuri barangan di rumah seperti periuk nasi, blender, mesin air dan sebagainya untuk dijual. Malah, mangsa pernah menjual motosikal milik ibu mertuanya tanpa kebenaran.
Romli mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh Yandi dan kini berdepan dengan hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara selama 20 tahun. – Agensi