Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tertekan bagaimanapun seseorang anak itu, sebaik-baiknya bersuara dan berbincang dengan ibu bapa bahawa diri itu tertekan dan memerlukan pemulihan. Perbincangan dari hati ke hati dan bersemuka boleh membantu mengurangkan tekanan dalam diri. Di samping itu, ibu bapa juga tahu apa masalah yang dihadapi dan dengan itu cara didikan mereka mungkin akan diubah.
Dalam kes yang melibatkan Jennifer Pan ini, hidupnya terlalu dikawal dan segalanya perlu mengikut kehendak ibu bapanya. Pendek kata, dia tidak memiliki kebebasan untuk menentukan kemahuannya sendiri.
Pada awal dia masih boleh menuruti didikan ibu bapanya, namun lama kelamaan, akibat pengaruh dari teman lelaki yang tidak berguna, akhirnya dia terjerumus ke ke kehidupan di penjara untuk sepanjang hayat. Baca perkongsian dari @ZafirahZukipli, semoga bermanfaat
JENNIFER PAN: Upah pembunuh upahan untuk bunuh ibu bapa sendiri. Kesan tiger parenting atau memang sikap semulajadi remaja yang memberontak?
Masa itulah Jennifer tertarik dengan Danny kerana bagi dia, Danny orang pertama yang mengambil berat mengenainya, bukan seperti ibu bapanya. Sebab Jennifer ini kesunyian dan bagi dia, parent dia tak sayang pun pada dia. Jadi, bila ada perhatian ini, dia terus melekat, cinta, tak kata apa dah. Bagi dia, Danny adalah segala-galanya.
Jennifer naik ke atas, dia tutup lampu then terus BF dia dan dua orang lagi rakannya pecah masuk serta tarik ke bawa basement. Ayah dia yang sedang tidur pun diheret turun tangga.
Malangnya ibu Jennifer meninggal dunia di situ juga. Ayahnya koma beberapa hari sebab cedera parah dan nak kena buang peluru dalam kepala which is sikit lagi kalau tak, hurmm.
Kemudian Jennifer ditahan, begitu juga dengan teman lelakinya bersama dua lagi rakannya ditahan juga.














