Lagu Putus Terpaksa kembali tular, kisah disebalik lagu ini rupanya pernah undang kontroversi - The Reporter

Lagu Putus Terpaksa kembali tular, kisah disebalik lagu ini rupanya pernah undang kontroversi

Pelakon dan penyanyi terkenal Ziana Zain sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan yang membawakan lagu-lagu bernada tinggi.

Madah Berhelah, Putus Terpaksa, Anggapanmu dan banyak lagi lagu yang sentiasa meniti di bibir peminat.

Lagu Putus Terpaksa antara lagu yang dikatakan mempunyai nada yang tinggi dan susah untuk dibawakan dan antaranya menyatakan lagu ini seperti putus urat dan anak tekak jika dinyanyikan.

Tetapi, baru-baru ini lagu ini menjadi tular setelah Elly Mazlein membawakan lagu ini dengan baik semasa di dalam program Big Stage.

Rentetan itu, ramai yang mencuba nasib menyanyikan lagu ini. Kumpulan Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia juga turut menjadi tular kerana berjaya membawakan lagu ini dengan penuh penghayatan.

Disebalik lagu ini, mungkin ramai yang tidak mengetahui lagu ciptaan Saari Amri ini ada kisahnya sehingga dikatakan mengundang kontroversi.

Putus Terpaksa adalah kisah yang menceritakan percintaan seorang wanita dengan seorang lelaki yang bergelumang dengan najis dadah. Dikatakan wanita tersebut merayu kepada teman lelakinya agar berubah.

@eddyrusdi

Replying to @qistina480 Kisah disebalik lagu Part 6, kali ni kisah lagu Putus Terpaksa Ziana Zain ciptaan Saari Amri lagi, lagu putus anak tekak kalau siapa nyanyi. Lagu ni ada cerita disebaliknya! sampai kontrovesi la, bukan setakat nada dia tinggi melangit tp kisah cerita dia pun dahsyat, sampai tak dpt masuk final AJL, kalaulah zaman skrg, mesti dh lepas dan mungkin ziana zain menang Juara Balada (dulu) dan Menang Vokal Terbaik (kalau skrg), silap2 blh juara keseluruhan! lagu ni mendalam sgt puitisnya! melodi pun power! Siapa masuk pertandingan nyanyian bawa lagu ni dengan baik conferm boleh menang punya! lagu ni malar segar, sampai skrg ramai anak muda cover nyanyi lagu ni, memang hebat penciptaan dan nyanyian pada lagu Putus Terpaksa ni.. #putusterpaksa #kisahdisebaliklagu #zianazain #saariamri #liriklagu #lagu #lagumalaysia #artismalaysia #hiburanmalaysia #malaysian #malaysia #tiktokmalaysia #malaysiaboleh #malaysiantiktok #malaysiadihatiku #fypmalaysia #lagumalaysia90an #vokalmalaysia #selebritimalaysia #penyanyimalaysia

♬ Ziana zain_Putus Terpaksa – Abg Jiwang_Official

Bagaimanapun, percintaan pasangan itu berakhir kerana wanita itu tidak sanggup meneruskan hubungan mereka.

Lagu ini pernah mara ke separuh akhir Muzik-Muzik 1993, namun gagal mara ke pentas AJL 1993 disebabkan terdapat kontroversi pada liriknya kerana dikatakan cukup sensitif buat umum ketika itu. Disebabkan isu ini sensitif, lagu ini terkandas di separuh akhir Muzik-Muzik.

Sehingga kini tidak dapat diketahui siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh Saari Amri di dalam lagu ini.

Sumber: YouTube Saari Amri Official, TikTok Eddy Rusdi

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!