Kurus bukan kerana kelaparan, harimau putih Zoo Melaka dilapor alami masalah kesihatan - The Reporter

Kurus bukan kerana kelaparan, harimau putih Zoo Melaka dilapor alami masalah kesihatan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Isu tular yang mendakwa penjagaan harimau bengal putih seperti diabaikan tidak benar sama sekali. Sebaliknya, haiwan berkenaan yang diberi nama Elsa mempunyai masalah kesihatan berkaitan tulang belakang.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, Elsa yang dibiakkan dalam spesies sama, menghidap masalah kesihatan sejak dilahirkan.

Katanya, Elsa yang kini berusia tujuh tahun menghidap penyakit tulang punggung, belakang badan dan rahang hingga memberi kesan kepada diet pemakanannya yang lebih rendah berbanding 11 lagi harimau dewasa yang terdapat di zoo berkenaan.

Menurutnya lagi, Elsa hanya makan dalam anggaran tiga ke empat kilogram daging sehari berbanding harimau sihat yang makan anatara lima ke tujuh kilogram. Selain itu juga, Elsa perlu diberikan perhatian dan memerlukan bantuan penjaganya untuk disuap bagi menghabiskan makanannya.

“Haiwan itu berada dalam keadaan sihat dan berat badannya ketika ini adalah sekitar 70kg berbanding 50kg ketika dibawa ke zoo itu pada 2019,” katanya.

Bagi mengelak pelaporan maklumat salah, Sapiah berkata, pihaknya kini meletakkan papan tanda makluman berkaitan masalah kesihatan haiwan di sekitar kandang.

Sumber: Malaysia Gazette

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!