Pelakon, Nur Fazura, baru-baru ini memuat naik gambar hitam putih di akaun Instagram @fattzuralovelife.
Dalam gambar tersebut, dia memeluk anak perempuannya, Nur Fatima Aisya dan menulis kata-kata semangat untuk anaknya.
“Kuat dan tabah, itulah sifat yang ada padamu apabila dewasa nanti”.
Namun, perhatian netizen tertarik pada gambar tersebut dimuat naik dalam warna hitam putih, seperti menggambarkan dia sedang bersedih dengan pergolakan rumah tangganya.
Sebelum ini, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Masalah rumah tangga pasangan ini mula menjadi perbualan hangat di media sosial setelah kedua-duanya didapati tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka pada hantaran masing-masing di akaun Instagram.