KPN sahkan anggota pengiring tumbuk muka pemandu OKU telah dikenakan tindakan tatatertib | The Reporter

KPN sahkan anggota pengiring tumbuk muka pemandu OKU telah dikenakan tindakan tatatertib

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang anggota polis pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-hailing OKU di lobi sebuah hotel pada 28 Mei lalu telah dikenakan tindakan tatatertib.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan bahawa tindakan tersebut diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman selepas siasatan dijalankan pada Jun.

Menurut Tan Sri Razarudin, kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 5 Jun, namun dikembalikan semula untuk tindakan lanjut. Kertas siasatan tersebut kemudian diserahkan semula kepada AGC pada 22 Jun untuk arahan lanjut.

Terdahulu, pemandu OKU e-hailing, Ong Ing Keong, 48, mendakwa dia telah diserang oleh seorang anggota rombongan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Mei lalu. Kejadian tersebut dirakam oleh kamera kereta Ong dan didedahkan dalam satu sidang media baru-baru ini.

Peguam kepada Ong, N Surendran berkata, kes tersebut sudah hampir dua setengah bulan berlalu, namun tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Beliau meluahkan kekecewaannya terhadap pihak berkuasa yang didakwa tidak mengambil tindakan sewajarnya walaupun mempunyai bukti jelas.

“Tiada siapa yang diheret ke muka pengadilan,” kata Surendran, menambah bahawa beliau tidak memahami sebab di sebalik kelewatan tersebut.

Sumber: Harian Metro

Related Posts