Baru-baru ini seorang wanita mendakwa anak saudaranya menjadi mangsa buli di sebuah sekolah menengah di Pasir Mas apabila lehernya hampir dijerut menggunakan dawai oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Empat.
Menurutnya, dalam kejadian itu anak saudaranya bukan sahaja ditendang, ditumbuk dan ditampar, malah turut dipukul serta dilondehkan seluarnya sehingga paras lutut oleh kumpulan pelajar berkenaan.
Susulan itu, keenam-enam suspek telah telah dibawa ke Balai Polis Pasir Mas dan ditahan reman untuk siasatan.
Memetik laporan Berita Harian, enam pelajar berkenaan bagaimanapun telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Baca juga:
- Menteri Agama puji Jep Sepahtu, sifatkan inspirasi kepada golongan asnaf
- MP Masjid Tanah cadang Hospital Putrajaya dinamakan sempena Tun Dr Hasmah
- Bajet 2027: Puad gesa tubuh badan khas pantau perbelanjaan kementerian
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata ia sementara menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwaan.
“Tempoh tahanan reman untuk enam pelajar itu berakhir hari ini dan kita bebaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu,” katanya.








