Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan pusat dan tempatan di Korea Selatan sedang menguji idea-idea dasar baru untuk menggalakkan pasangan berkahwin dan mempunyai anak, dengan tujuan meningkatkan kadar kelahiran yang masih rendah di negara ini.
Salah satu pejabat daerah di Busan kini menawarkan 1 juta won (RM3,254) kepada pasangan yang memulakan hubungan romantik melalui acara temu janji perkahwinan.
Menurut kenyataan dari Pejabat Daerah Saha, rang undang-undang belanjawan tambahan untuk acara temu janji “lelaki dan wanita Korea dan warga asing yang bujang” telah diluluskan oleh majlis daerah baru-baru ini.
Acara yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini dianjurkan untuk golongan muda berusia antara 23 hingga 43 tahun yang tinggal atau bekerja di daerah Saha.
23 juta won (RM76,000)
Jika seorang lelaki dan wanita mengambil keputusan untk menjalinkan hubungan selepas acara itu, mereka akan diberi 1 juta won. Jika mereka mengadakan “sang-gyeon-rye,” iaitu pertemuan ahli keluarga (kebiasaannya diatur sebelum perkahwinan), pasangan tersebut akan diberikan tambahan 2 juta won. Sekiranya mereka berkahwin, bonus besar sebanyak 20 juta won akan diberikan.
Pejabat Daerah Saha juga akan menyediakan sokongan tambahan untuk tempat tinggal mereka selama lima tahun.
Bagaimanapun, peraturan khusus dan skala acara ini masih belum diumumkan. Pemohon akan dinilai berdasarkan permohonan dan temuduga untuk dipilih sebagai peserta.
Jika acara tahun ini berjaya menarik perhatian dan memberikan hasil positif, Pejabat Daerah Saha bercadang akan menjadikannya sebagai acara tahunan dengan lebih banyak peserta bukan warganegara Korea – Agensi








