Usahawan dan juga pempengaruh, Hafiz Mahamad mengecam tindakan seorang pengguna media sosial yang mendakwa berlakunya gangguan berbentuk fizikal dan seksual terhadap golongan wanita ketika berada di kota suci Mekah.
Video yang diambil menerusi potongan beberapa saat itu turut mengundang persoalan ramai terutamanya masyarakat bukan beragama Islam.
Jelas Hafiz, hantaran tersebut merupakan satu fitnah ke atasnya. Katanya lagi, pengguna media sosial itu juga didapati membawa kekeliruan dalam kefahaman agama.
“Statement ni dibuat oleh media ini yang selalu bermain narative untuk mengelirukan audience tentang agama.
“Saya hargai sahabat “Muslim” & Non Muslim” yang sentiasa support selama ni.
“Jangan bertelagah sesama kita di ruang bawah. InsyaAllah semoga “Apa yang stay di Internet” harini adalah perkara yang baik-baik,” katanya.
Dalam penjelasan video berkenaan juga, Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr. Kamilin bin Jamilin menerangkan tentang bagaimana Islam menjaga hak keistimewaan dan juga keselematan wanita selain menjelaskan beberapa perkara berkaitan video tular berkenaan.
Hafiz, isteri dan pekerja turut melakonkan semula serta menjelaskan situasi sebenar berdasarkan video tular itu.
Sumber: Hafiz Mahamad