'Kenapa kau libatkan arwah isteri aku, Siti Sarah?!' - Shuib berang individu fitnah dirinya sebagai ahli Freemason - The Reporter

‘Kenapa kau libatkan arwah isteri aku, Siti Sarah?!’ – Shuib berang individu fitnah dirinya sebagai ahli Freemason

Beberapa hari lalu, seorang individu memuat naik kenyataan yang mendakwa pelawak yang juga penyampai radio, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad, sebagai ahli Freemason.

Lelaki terbabit yang mengelar Shuib sebagai ‘mat kilang’ juga mendakwa, Shuib sanggup ‘mengorbankan’ isterinya sendiri, arwah Siti Sarah, bagi membuktikan golongan ibu hamil berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 sekiranya tidak mengambil suntikan vaksin.

“Tak sangka eh bekas Mat Kilang ni ‘ahli F’ juga. Pasal arwah SS tu pun kita memang tahu dia dipaksa untuk ditidurkan sebab mamat ni nak buktikan pada ibu-ibu mengandung di luar sana yang kau berisiko tinggi untuk mati.

“Dan benda itu viral dan berduyun-duyun ibu mengandung yang pergi cucuk (vaksin).

“F gunakan artis yang duduk di bawah mereka untuk promote vaksin. Tak boleh ingkar waimah ada ahli keluarga sendiri yang perlu dijadikan korban,” katanya.

Shuib pada awalnya enggan melayan fitnah tersebut dan hanya menyerahkan kepada pihak peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Bagaimanapun nadanya berubah apabila petang tadi Shuib menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki berkenaan.

“Banyak hari saya sabar. Hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan mamat ini yang mana tulisannya terlalulah hebat dan berani.

“Kenapa kau libatkan arwah isteri aku, Siti Sarah?! Freemason?? Apa yang kau tahu? Meh cakap depan-depan aku! 24 jam, cari aku! Lawyer tengah jalankan kerja, tunggu!” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagram.

Kurang dari 24 jam, lelaki yang menyebarkan fitnah itu tampil menghubungi Shuib dan mengaku bersalah di atas perbuatannya itu.

“Alhamdulillah, saya dah dapat bercakap dengan dia. Insya-Allah kami akan bertemu esok untuk mendengar penjelasan atas tindakannya itu,” katanya.

Sumber: Instagram Shuib, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!