Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Setiap di antara kita mempunyai hala tuju dan takdir yang berbeza. Bagaimanapun, dalam setiap ujian yang berlaku, ada hikmah disebaliknya.
Satu perkongsian daripada seorang pendengar radio Kool101 membuatkan dua orang penyampai radio Pak Nil, Haiza dan Muaz berasa sebak.
Pengorbanan seorang lelaki yang menjaga ibunya sehingga sanggup mengenepikan kerjaya yang dibina sangat mengagumkan.
Walaupun dia telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menjaga ibunya, majikan tidak membenarkannya namun memberikan nasihat untuk mengambil cuti panjang.
Bagaimanapun, dia terpaksa juga berhenti kerja apabila mendapati kesihatan ibunya semakin merosot.
Dia yang sudah bekerja hampir 14 tahun dengan syarikat berkenaan, berasa terharu dengan kedatangan majikannya ke rumah dengan membawa pampasan.
Pernah terbit di hatinya mengakui berasa cemburu dengan kejayaan dan pencapaian rakan-rakan seusianya sehingga menyebabkan dia menjadi anxiety.
Namun begitu, Pak Nil memuji sikap lelaki ini yang sanggup mengambil tanggungjawab menjaga ibunya.
Perbualan tersebut kemudiannya tiba-tiba bertukar sayu dan sebak apabila lelaki ini menyatakan dia belum berkahwin. Dan Pak Nil dalam keadaan sebak menyatakan ada hikmah disebaliknya.
“Kenapa Allah tak kahwinkan kau sebab Allah nak bagi syurga,” kata Pak Nil.
Sumber: Kool101