Kena sindir sebab nak pinjam duit, 2 pekerja nekad bunuh majikan | The Reporter

Kena sindir sebab nak pinjam duit, 2 pekerja nekad bunuh majikan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Berang disindir ketika mahu meminjam wang, dua pekerja nekad menyerang majikannya sehingga meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku di Deli Serdang, Sumatera, Indonesia.

Kejadian itu terbongkar selepas ahli keluarga menyedari mangsa gagal dihubungi dan membuat laporan polis.

Pemeriksaan di kediaman kemudian mendapati, mangsa yang dikenali sebagai Abdullah, telah meninggal dunia dan mayatnya ditemui mereput di dalam bilik.

Polis kemudian menahan seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh itu. Semasa disoal siasat, suspek mengaku dia bersama dengan seorang lagi rakannya membunuh mangsa.

Mereka nekad melakukan perbuatan itu selepas berasa sakit hati dengan majikan yang menyindir mereka ketika mahu suspek mahu meminjam wang daripadanya.

Selepas dibunuh, suspek meninggalkan mayat mangsa dan dibiarkan membusuk dalam bilik.

Polis kini sedang giat mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai telah melarikan diri.

Sumber: TV One News

Related Posts