'Kejadian tanah runtuh itu tidak berlaku di tapak perkhemahan kami, tetapi di tanah milik kerajaan' - Father's Organic Farm - The Reporter

‘Kejadian tanah runtuh itu tidak berlaku di tapak perkhemahan kami, tetapi di tanah milik kerajaan’ – Father’s Organic Farm

Tragedi tanah runtuh di Batang Kali baru-baru ini menggemparkan negara, lebih-lebih lagi tragedi itu berlaku di penghujung tahun 2022 yang sudah pasti meninggalkan kepahitan mendalam bagi semua pihak. 

Kejadian yang berlaku di Father’s Organic Farm itu juga menyebabkan pihak pengurusannya menerima kritikan negatif di media sosial. 

Walaupun telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf sebelum ini, pengurusan ladang organik berkenaan mengulangi mereka akan bertanggungjawab, tetapi tetap menegaskan bahawa kejadian tanah runtuh itu bukan berlaku di tanah tapak perkhemahan mereka. 

Dalam sidang media baru-baru ini, Frankie Tan, melahirkan rasa dukacita yang mendalam terhadap mangsa dan keluarga mereka, serta mengatakan beliau akan membantu mereka dalam apa jua cara sekali pun. 

“…kejadian tanah runtuh itu tidak berlaku di tapak perkhemahan kami, tetapi di sebidang tanah yang lain. Kawasan tanah runtuh itu adalah tanah milik kerajaan iaitu kira-kira dua atau tiga kilometer dari tanah ladang yang kami pajak. Selain itu, tapak tanah runtuh adalah hutan besar yang tidak pernah dibangunkan,” katanya. 

Dalam masa yang sama, Frankie turut mengakui bahawa dia menghadapi banyak tekanan daripada pelbagai pihak, termasuk perlu membantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sehingga menanggung kesedihan keluarga mangsa. 

“Selepas kejadian itu, beberapa mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka telah memaki hamun saya di tempat kejadin. Saya faham dan apa yang saya mampu lakukan hanyalah menunduk kepala dan membiarkan mereka melepaskan segala-galanya,” katanya. 

Tan juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan SAR yang membantu misi menyelamat dan juga kepada sebuah syarikat perkhidmatan pengebumian yang menyediakan perkhidmatan pengebumian percuma kepada semua mangsa. 

Menggulas mengenai laporan yang mengatakan bahawa cerun di kawasan itu disenaraikan antara lokasi kritikal yang dikenal pasti oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) pada September lalu, Tan berkata beliau tidak pernah menerima sebarang maklumat atau surat rasmi mengenai perkara itu. 

Sumber: World of Buzz

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!