'Kau Lans Koperal, pangkat kau lebih kecik dari aku lah!' - Tular video pegawai kanan polis tengking anggota bawahan - The Reporter

‘Kau Lans Koperal, pangkat kau lebih kecik dari aku lah!’ – Tular video pegawai kanan polis tengking anggota bawahan

Pegawai kanan polis tengking dan hina anggota bawahan
Video yang tular di media sosial.

Tular di media sosial semalam, video menunjukkan seorang wanita yang mendakwa dirinya pegawai kanan polis menengking dan menghina anggota bawahan di sebuah premis sambil disaksikan oleh orang awam.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku pada jam 1.15 petang, 15 Jun, Khamis, di Medan Selera Lebuh Utama, Taman Sri Gombak. Kejadian itu membabitkan dua anggota polis yang cuba melakukan pemeriksaan identiti terhadap wanita itu.

Difahamkan, polis terdahulu menerima panggilan aduan awam daripada talian kecemasan 999, yang mendakwa ada seorang wanita menyamar sebagai pegawai polis. Bertindak di atas aduan itu, polis mengerahkan sebuah kereta unit peronda (MPV) ke lokasi.

Datang kutip hutang lama

Sebaik saja tiba di lokasi pada jam 1.25 petang, mereka mendapati seorang wanita yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol sedang duduk di dalam kereta Perodua Bezza.

Maklumat awal yang diterima mengatakan, wanita itu datang ke lokasi tersebut mewakili rakannya untuk mengutip hutang lama daripada seorang wanita India.

Polis meminta wanita berkenaan menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa. Tetapi dia tidak mahu berbuat demikian dan mula mempertikaikan tindakan anggota terbabit. Malah turut meminta mereka menyatakan apa kesalahannya sehingga diminta menyerahkan kad pengenalannya.

Lebih teruk lagi, wanita itu melakukan provokasi dengan kata-kata ugutan kononnya mahu berjumpa dengan pegawai tinggi untuk mengeruhkan lagi keadaan.

“Kad kuasa aku tak tak ada. Kau tak layak ambil IC dan kad kuasa aku lah. Lu pangkat Lans Koperal saja, bukan OCPD. Kau tak layak lah, kau pangkat kecil dari aku lah. Kau bukan OCPD lah nak bercakap dengan aku. Pangkat dahlah rendah!”

Dua anggota terbabit kemudian memujuknya berkali-kali dan barulah dia menunjukkan kad pengenalannya tanpa diserahkan kepada anggota berkenaan.

Dalam masa yang sama, wanita itu turut memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman. Tetapi, apabila anggota meminta wanita itu menunjukkan kad kuasa sebagai bukti, dia hanya sekadar menunjukkan bahagian belakang kad kuasa yang tertera G204.

Semasa ditanya tujuannya berada di lokasi, wanita itu menjawab dia mempunyai urusan rasmi di lokasi, sebelum beredar.

Anggota buat laporan polis

“Lu Lans Koperal pangkat rendah polis saja, belajar sampai mana, SPM kan? Aku pangkat tinggi polislah. Lu OCPD ke mau cakap dengan aku? Aku tak takutlah kalau lu orang buat report kat aku!”

Sementara itu, pengadu dan penduduk yang menyaksikan kejadian itu berkata, mereka tidak berpuas hati dengan wanita terbabit. Mereka mendakwa, sikap yang ditonjolkan oleh pegawai kanan polis itu kurang ajar dan tidak sopan.

Susulan kejadian itu, anggota terbabit yang berasa tersinggung dengan kata-kata pegawai berkenaan, telah tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!