Selepas seminggu bertarung nyawa, kanak-kanak lelaki yang parah dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya meninggal dunia pada jam 3.02 petang tadi.
Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
Perkhabaran itu dimaklumkan oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan menerusi status WhatsApp.
Sebelum ini bapa kepada Muhammad Ammar, Muhammad Badrul Rameli memaklumkan anaknya berada dalam keadaan kritikal dan meminta orang ramai mendoakan kesembuhan anaknya.
Baca juga:
- DBKL kompaun kakitangan selepas dakwaan buang sampah tular
- Hasrat tunjuk hasil pancing berakhir tragedi, kanak-kanak lelaki maut dirempuh lori
- Dakwa kerja tak setaraf, lelaki terkesan ditinggalkan isteri selepas 13 tahun bersama
Terdahulu, Muhammad Ammar cedera parah selepas dipukul oleh bapanya saudaranya di sebuah rumah kedai di Bachok, Kelantan.
Suspek yang berusia 46 tahun itu bagaimanapun ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi kira-kira tiga kilometer daripada lokasi kejadian selepas dipercayai memukul mangsa.








