Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun parah dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di sebuah rumah kedai di Jalan Kedai Jelawat, Bachok pada Khamis.
Kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan tukul di rumahnya sendiri. Keadaan mangsa sangat kritikal.
“Mangsa dipercayai anak saudara kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan

Kes berkenaan kini masih dalam siasatan pihak polis bagi mengenal pasti motif dan punca sebenar kejadian.
Sumber: Sinar Harian, Harian Metro









