Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Empat pekerja Malaysia di Jepun mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari sebuah restoran makanan halal di Osaka, Jepun, kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemiliknya yang menghidangkan hidangan tidak halal kepada pelanggan.
Sementara itu, Megat Danial berkata, dia berasa curiga apabila ternampak kotak yang mempunyai label tidak halal dihantar ke restoran itu oleh pembekal, kerana sebelum ini mereka dimaklumkan restoran itu hanya menyediakan makanan halal.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya sudah merujuk perkara itu kepada JAKIM dan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi mengetahui status sebenar isu tersebut.