'Kami akan fight sampai bola tak jatuh ke gelanggang kita' - The Reporter

‘Kami akan fight sampai bola tak jatuh ke gelanggang kita’

Sumber Gambar: Bernama

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seluruh tumpuan rakyat Malaysia sudah pastinya kini menunggu rentak perlawanan seterusnya pasukan badminton negara. Antara yang menjadi tumpuan dalah regu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang melakar sejarah sebagai regu wanita pertama negara yang melangkah ke separuh akhir Olimpik.

Pada petang ini, mereka bakal berdepan pasangan China yang berada di ranking teratas dunia Qing Chen-Yi Fan.

Dalam satu temu bual, Pearly menyatakan kerjasama dan persefahaman antara mereka berdua adalah faktor kejayaan mereka melangkah ke peringkat seterusnya.

https://twitter.com/shahrazadsani/status/1818920635520655568

“Semua orang mahu menang, kami pun banyak fikir, kami juga susah, berdebar, sebab kami mahu menang dan mereka pun mahu menang, bukan senang.

“Semalam pun saya susah untuk tidur, asyik fikir mengenai hari ini sebab kami tahu ia perlawanan yang penting.

“Tapi dalam gelanggang nasib baik kami ada antara satu sama lain. Jadi bila beraksi, kami tak tenang atau berdebar, kami ada untuk antara satu sama lain.

“Ini yang paling penting buat kami, sebab kami berdua di dalam gelanggang. Jadi saya sangat gembira hari ini yang mana kami mengatasi debaran dan memenangi perlawanan,” katanya.

Thinaah menjelaskan, dia dan Pearly kini perlu berehat dan melakukan pemulihan bagi mempersiapkan diri untuk bertarung dengan Qing Chen-Yi Fan.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan tidak henti-henti dan berazam akan berlawan dengan bersungguh-sungguh.

“Teruskan beri sokongan kepada kami. Kami akan fight sampai bola tak jatuh ke gelanggang kita,” katanya.

Sumber: Shahrazad Sani

Total
0
Shares
Total
0
Share