‘Kali ni tuntut di padang mahsyar is real’ - Wanita dakwa rakannya jadi mangsa buli meninggal dunia, Uqasha terkejut dirinya dipersalahkan - The Reporter

‘Kali ni tuntut di padang mahsyar is real’ – Wanita dakwa rakannya jadi mangsa buli meninggal dunia, Uqasha terkejut dirinya dipersalahkan

Nama aktress terkenal, Uqasha Senrose kembali menjadi perhatian netizen gara-gara satu hantaran di aplikasi X yang mendedahkan seorang wanita yang mendakwa pernah dibuli Uqasha sewaktu persekolahan dulu telah meninggal dunia.

Hantaran tersebut juga seolah-olah menyalahkan Uqasha dengan apa yang telah berlaku ke atas rakannya.

“Aku harap Uqasha happy la buat kawan aku macam tu. Semoga dia berbahagia di dunia,court case nak tuntut juta-juta tak dapat? Sebab Allah tu Maha Adil.

Individu terbabit juga mendedahkan arwah rakannya menghadapi kesukaran dalam hidup, tekanan, dan sakit.

“Zawani really had a tough life, depression, sakit yang tak boleh sembuh. Hari-hari dia battle untuk stay strong. Dia tak pernah cakap penat, tapi sebelum dia meninggal, dia cakap dia penat,” katanya.

Menyedari isu tersebut mula tular, Uqasha Senrose dilihat meninggalkan komen pada hantaran tersebut dan meminta individu itu berjumpa dengannya bagi menyelesaikan isu berkaitan.

Namun begitu, menerusi laporan di sebuah portal, Uqasha enggan memanjangkan isu berkenaan kerana individu berkenaan sudah meninggal dunia.

“Saya boleh saja jumpa keluarganya. Sebelum ni saya memang nak berdepan dengan dia (arwah) tetapi dia tak mahu.

“Sudah lama saya berdiam fasal hal ni, saya biarkan peguam saya buat kerja. Bagi saya tiada apa yang perlu komen,” katanya.

Uqasha juga menyatakan sebelum ini dia sudah menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dia tidak bersalah namun begitu individu tersebut tidak hadir ke mahkamah.

Terdahulu, nama Uqasha menjadi tular setelah dikaitkan dengan dakwaan seorang individu yang menyatakan Uqasha pernah membulinya sewaktu zaman persekolahan. Kesan dari insiden buli itu, individu itu menyatakan telah mengalami tekanan.

Sumber: X, mStar

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!