'Kalau risau, jangan beri anak main Roblox' - CEO Roblox | Page 2 of 2 | The Reporter

‘Kalau risau, jangan beri anak main Roblox’ – CEO Roblox

CEO Roblox beri kenyataan mengenai keselamatan pengguna
Foto hiasan

Tahun lalu, Roblox melarang pengguna bawah 13 tahun daripada menghantar mesej peribadi dan menyertai ruang sembang dalam permainan tertentu. Namun, siasatan BBC mendapati ada cara untuk mengatasi sistem penapisan dengan menggunakan bahasa yang diubah suai.

Apabila ditunjukkan hasil penyiasatan itu, Baszucki tetap mempertahankan sistem keselamatan Roblox.

“Kami sentiasa meningkatkan sekatan keselamatan, malah lebih ketat daripada undang-undang sedia ada,” katanya.

Roblox: Dari hobi ke empayar digital

Diasaskan oleh Dave Baszucki dan Eric Cassel pada 2004, Roblox pada asalnya dibangunkan sebagai perisian pendidikan sebelum berkembang menjadi platform permainan yang membolehkan pengguna mencipta dan bermain pelbagai pengalaman maya.

Tahun berikutnya, syarikat memperkenalkan mata wang digital, Robux, yang membolehkan pengguna membeli aksesori dan membuka kandungan eksklusif dalam permainan. Langkah itu menjadikan Roblox bukan sekadar hobi tetapi juga empayar digital bernilai $41 bilion (RM193 bilion).

Walaupun nilai sahamnya turun naik sejak disenaraikan pada 2021, Roblox masih menunjukkan peningkatan lebih 30% dalam tempoh enam bulan terakhir.

Related Posts